Mengisi waktu cuti ini dengan kursus bukanlah impian setiap insan. (hehe) Namun, apabila ianya merupakan ketetapan, maka diri perlu hadir. Wajib!
2 minggu ini, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia akan menjelaskan pelbagai perkara tentang dunia perguruan dan isu-isu sebagai seorang penjawat awam.
Rugi juga tak datang. Apatah lagi jika berkenaan Perintah Am Bab B. Huish, rugi tak dengar :)
Petik kata Dr Hamzah: "jika kita melakukan sesuatu dengan gembira, maka hati kita takkan terasa gundah gulana"
Betul tu:)
So, mind setting diaktifkan positif. Langsung, hadirlah segenap deria termasuk hati ke dalam kursus ini. Dengan harapan, segala maklumat ini dijadikan bekalan untuk hari muka, insyAllah.
::Sekolah Bukan Kilang Bihun::
Menarik sungguh analogi tersebut. Diringkaskan dengan maksud, setiap anak murid mempunyai latar belakang yang berbeza. Justeru, seorang guru tidak boleh sewenangnya menyamaratakan kebolehan, bakat dan potensi anak-anak murid.
Guru juga semestinya tidak menganggap bahawa murid-murid nya "sudah tahu semua". "Kamu ni, Darjah 6 patut dah tahu asas kira-kira....bla..bla (cikgu suka membebel)
Seharusnya, cikgu menggunakan teori pembelajaran, teknik pengajaran, serta kaedah dan pendekatan yang berbeza menurut setiap individu murid di hadapannya. Itu baru cikgu yang PEKA, bukan PEKAK!
Murid bukan bihun yang datang dari bahan yang sama dan boleh dijangkan hasilnya. Murid merupakan makhluk Tuhan yang berbeza-beza yang dalam bahasa psikologinya disebut mempunyai individual differences.
::Hidup ni, kita jangan selalu nak ikut orang::
Ukur baju di badan sendiri. Betullah tu. Tapi melihat perkembangan dunia sekarang, orang kita makin ramai mahu 'glamer' sampaikan kata-kata "biar papa asal bergaya" digunapakai dalm hidup sehari-hari.
Sudah-sudahnya, mengeluh duit tak cukup. Padahal dia dah berhabis banyak pada perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Sekarang ni jika makan di kedai ikut rate biasa: nasi (separuh je pun), ikan, sayur (tu pun amik ulam), dan air, mahu juga telan sampai 4-5 ringgit. Itu makan tengahari, belum masuk sarapan, dan makan malam. Hitung punya hitung sehari pun dah sampai 10-12 ringgit.
Kira sebulan, setahun tengok? Humang aii...berbeza dengan zaman (saya) sekolah rendah dulu. Huhu.
Jadi, saya yang agak boros jugak berbelanja (hihi) ni tersangatlah mahu mengingatkan diri tentang berbelanja secara bijak. Saya lihat satu cara yang agak best digunapakai ialah dengan menyalurkan duit-duit dapatan ke 'poket-poket simpanan'
Alokasi duit semestinya dirancang dengan baik. Contohnya, selain dirutinkan untuk simpanan, kita juga boleh "channelkan" duit ke Tabung Haji, insuran, Tabung Kecemasan dan lain-lain. Selain itu, ada baiknya jika diwujudkan sebuah tabung di rumah.
Hari-hari jika dimasukkan duit sekupang dua, seringgit dua, lama-lama banyak juga. Cukup tempohnya masukkan ke dalam bank ^_^
Pendek kata, memanglah semakin maju kita, duit gaji pun bertambah, nilai duit keluar pun banyak juga. Namun, itu tak semestinya. Elok-eloknya membeli apa yang patut-patut. Di masa depan pun kita tak tau bila masanya akan diperlukan duit yang banyak untuk hal-hal yang tak dijangka.
::CCTV dunia::
Saya pernah katakan isu ini dahulu. Waktu menjadi guru sandaran tidak terlatih dahulu pun, saya tampalkan sebuah kata-kata di meja yang membuatkan setiap orang yang lalu akan berhenti.
"Anda sedang diperhatikan oleh CCTV"
Huh, memang mencuit hati. Mereka akan lalu dan bertanya, "mana CCTV nya?" Saya senyum aja. Untuk yang mahu benar-benar tahu. Saya katakan "kita diperhatikan Allah. Jadi kena buat kerja betul-betul. Jaga amanah"
Hal CCTV itu umpama 'guardian' atau alat yang sahaja diletakkan sebagai peringatan buat saya. Dan, semestinya orang sekeliling: yang mahu faham.
Memetik kata Dr Hamzah "buat kerja kerana Allah, rasa diperhatikan, rasa beramanah dan memegang akauntabiliti. Hal ini cukup sudah menjadikan seseorang itu benar-benar seorang pendidik. Tak perlu tunggu dipantau Guru Besar, Jemaah Nazir dan sebagainya"
Ustaz Rahimi turut menambah: "kamu amalkanlah sifat-sifat Rasulullah (benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana), nescaya kamu akan jadi guru yang cemerlang"
::Sejenak::
Seminggu sahaja lagi kami akan ber"KISSM", dan selepas itu kami akan dihantar ke mana sahaja yang ditetapkan.
Beginilah setelah setahun di Bumi Perlis. Waktu hati saya berdetik (dalam nada mengeluh)
"kenapalah aku ni dihantar jauh sangat? Dahlah aku je Orang Melaka dalam KPLI ni"
Rupa-rupanya di sinilah dia 'benchmark' kursus yang sedang saya ambil, selain mempunyai para pensyarah yang pakar dan miliki kampus yang aman. Saya turut dihidangkan dengan kawasan bersawah padi yang amat cantik.
Rasa mahu berlari-lari di tengah sawah. Uuuuuu \^_^/ ~pengaruh TV (hihi)
Tuhan memberikan kehidupan serba sederhana buat kami di sini. Alhamdulillah, semoga beroleh barokah dan kebahagiaan selepas ini. Menjadi Murabbi adalah impian saya sejak lama. Saya mahu amat bersyukur. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment